Exposure
Exposure bermaksud mengukur dan mengimbangkan cahaya. Exposure adalah elemen terpenting untuk menghasilkan gambar yang cantik. Jika tidak memahami fungsi sebenar exposure, ada kemungkinan gambar yang bakal dihasilkan menjadi over exposed (terlalu cerah) ataupun under exposed (terlalu gelap). Dalam exposure ini, terdapat lagi 3 elemen utama yang berkaitan iaitu ISO, Aperture dan Shutter Speed
ISO
Kebiasaanya, ISO akan di rate sebagai 100, 200, 300, 400, 800, 16000 dan 3200. Akan tetapi ia masih bergantung kepada keupayaan kemera itu sendiri. Ada yang mampu mencapai kadar yang sangat tinggi, ada yang tidak. Jadi apabila mempunyai kamera, seseorang itu harus terlebih dahulu menyelongkar elemen elemen yang terdapat dikameranya.
Cara untuk menentukan ISO adalah,jika seseorang itu shoot di tempat yang banyak cahaya seperti waktu tengahari di kawasan outdoor, dia haruslah menukar ISO kepada tetapan yang paling rendah kerana cahaya di sekelilingnya telah mencukupi. Jika kawasan tersebut kurang cahaya, seperti waktu malam atau indoor.. dia harus set ISO tersebut kepada tetapan yang lebih tinggi. Hal ini supaya cahaya dapat di serap. Kebiasaan untuk cuaca di Malaysia pada waktu tengahari, shoot menggunakan ISO 100 atau 200 dan pada waktu malam pula bergantung kepada tahap cahaya lampu yang ada dan selalunya ISO 800 dan 1600 digunakan.
Shutter Speed
Setiap body camera akan mempunyai shutter curtain. Shutter speed akan ditentukan dengan cara memilih sama ada mahu yang laju ataupun lambat. Jika seseorang itu mengambil gamabr di kawasan yang banyak cahaya, shutter haruslah ditetapkan kepada tetapan yang laju untuk mengurangkan kemasukan cahaya kedalam lens dan mengelakkan gambar menjadi over exposure (terlebih cahaya). Manakala untuk mengambil gambar di kawasan yang kurang cahaya,shutter speed yang perlahan akan digunakan, Supaya apabila shutter curtain dibuka lebih lama,lebih banyak cahaya yang akan masuk.
Ini adalah jadual rujukan mengenai Shutter Speed
Shutter Speed
Setiap body camera akan mempunyai shutter curtain. Shutter speed akan ditentukan dengan cara memilih sama ada mahu yang laju ataupun lambat. Jika seseorang itu mengambil gamabr di kawasan yang banyak cahaya, shutter haruslah ditetapkan kepada tetapan yang laju untuk mengurangkan kemasukan cahaya kedalam lens dan mengelakkan gambar menjadi over exposure (terlebih cahaya). Manakala untuk mengambil gambar di kawasan yang kurang cahaya,shutter speed yang perlahan akan digunakan, Supaya apabila shutter curtain dibuka lebih lama,lebih banyak cahaya yang akan masuk.
Ini adalah jadual rujukan mengenai Shutter Speed
Aperture
Aperture merujuk kepada saiz bukaan lens yang mana cahaya akan masuk terus ke body camera. Besar bukaan lens, maka banyak cahaya akan menembusi. Kecil bukaan lens, kurang cahaya yang menembusi. Konsepnya sama seperti mata kita. Bila siang hari, pupil di bahagian dalam mata akan mengecil bukaannya, sesuai dengan jumlah cahaya yang masuk. Bila malam, pupil tersebut akan lebih besar agar cahaya yang masuk lebih banyak. Aperture juga berkait rapat dengan Depth of Field, DOF. Makin kecil nilai aperture, makin shallow DOF dan sebaliknya.
Untuk menghasilkan gambar dengan efek "bokeh" iaitu membuat subjek dihadapan menjadi tajam (sharp) manakala latar belakang di blurkan, aperture adalah elemen yang wajib seseorang fotografer itu tahu
Composition
Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Antara contoh elemen seni ni adalah seperti garisan, warna, tekstur, bentuk, ruang dan banyak lagi.
Penting ke komposisi?
Penting. Komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.
Asas asas komposisi adalah seperti:
The Rules of Thirds adalah panduan yang anda akan aplikasikan dalam proses menghasilkan lukisan, photografi ataupun mereka cipta sesuatu. Pada asasnya, sesuatu image akan dibahagikan kepada 9 kotak seperti gambar rajah di bawah
Subjek yang akan diambil akan diletakkan di titik persilangan setiap garisan petak tersebut. Antara contoh contoh yang ada adalah seperti di bawah.



2)Balance
Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.
3)Depth of field
Depth of field - DOF, adalah ukuran seberapa jauh bidang fokus dalam foto.Depth of Field (DOF) yang lebar bermakna sebahagian besar objek foto (dari objek terdekat dari kamera sampai objek paling jauh) akan kelihatan tajam dan fokus. Sementara DOF yang sempit (shallow) bermakna hanya bahagian objek pada titik tertentu saja yang tajam sementara selebihnya akan blur / kabur.
Untuk mendapatkan DOF yang lebar gunakan setting aperture yang kecil, misalnya f-22 (makin kecil bukaan makin luas jarak fokus) - lihat contoh gambar diatas. Sementara untuk mendapat DOF yang sempit, gunakan aperture sebanyak mungkin, contohnya f/2.8 - lihat contoh gambar dibawah.
Konsep Depth of Field ini akan banyak berguna terutama dalam fotografi portrait dan fotografi makro, namun sebenarnya semua pakar akan memerlukannya.
bagus info-info ni. kalau ada lagi update la.. hee :)
ReplyDeletehaha baiklah,thanks :D
ReplyDelete